Berita

Program Jati Diri bersama Imam Muda Asraf

Pada 9 Mei yang lalu telah berjalan Program Jati Diri bersama Imam Muda Asraf di dewan Seri Perdana SMKPK anjuran Panitia Pendidikan Islam. Sambutan para pelajar dan guru sungguh memberangsangkan dan mendapat pujian ramai. Ceramah selama 2 jam oleh Ustaz Asraf tidak langsung membosankan para pelajar. Beliau juga telah dihujani dengan pelbagai soalan yang datang dari para pelajar sendiri.

Sesungguhnya program Imam Muda ini telah berjaya melahirkan pemimpin muda yang berketrampilan dari segi sahsiah dan akademik