|
Berita
Cikgu Bukhari dan Ustazah Fadziyah bersara
Sekolah
telah kehilangan 2 orang guru yang berpengalaman luas dalam bidang pendidikan
apabila mereka bersara wajib. Cikgu Bukhari telah bersara pada 15 Julai
2011 manakala Ustazah Fadziyah pada 1 Ogos 2011. Majlis persaraan telah
diadakan untuk kedua-dua mereka dengan cukup meriah dan penuh makna. Kepada
mereka berdua kami mengucapkan selamat bersara dan didoakan agar sentiasa
sihat sepanjang usia emas mereka.
|