Berita

Konvoi Kemerdekaan 2009 - PROTON , 19 Ogos 2009

Seramai 30 orang pegawai dan kakitangan Proton Holdings serta 15 buah kenderaan PROTON telah menamatkan Konvoi Kemerdekaan 2009 di SMKPK. Program yang julung-julung kali diadakan ini telah berjalan dengan meriah sekali. Konvoi yang telah bergerak dari Kota Bahru Kelantan itu telah sampai di SMKPK pada jam 8.30 pagi, dan disambut oleh warga SMKPK dengan paluan kompang. Ia bertujuan untuk menanamkan semangat patriotik dikalangan pelajar disamping mempamerkan kenderaan PROTON dari generasi pertama sehingga kini. Pelbagai hadiah telah diberi kepada pelajar bagi pelbagai pertandingan yang telah diadakan. Akhir sekali pihak PROTON telah sudi menghiaskan kawasan sekolah dengan kibaran bendera Malaysia yang begitu banyak, terima kasih PROTON.

Vip dari PROTON dan Pentadbir...

Wakil PROTON sedang berucap..... Koir lagu Patritik... 4 Sains..
Kereta PROTON kena lelong..... Semangat Bang....
Jalur Gemilang .... Spider Man memasang bendera?
Nak beli ke...atau posing aje Hati-hati bang...tak ada insurance...
Kami berjaya..... Bangunan penuh dengan Jalur Gemilang
Cantik dan berseri...semangat Mana lagi nak gantung ni...dah penuh ni