Alhamdulilah, syukur ke hadrat Allah SWT, dengan izinnya laman web versi 2010 ini berjaya dilancarkan.Terima kasih kepada semua warga SMKPK yang telah banyak memberi sokongan dan teguran, terutamanya kepada Tuan Pengetua yang tidak jemu-jemu memberi sokongan. Terima kasih juga kepada PIBG kerana sudi menaja laman web ini. Kami mengharapkan agar laman web ini dapat menjadi satu wadah yang menghubungkan warga SMKPK dengan masyarakat luar, - webmaster.

Baru, Satu Peti Undi telah diwujudkan, sila ambil bahagian ( lokasi: lihat di bawah)


Prakata 2010 (oleh Tuan Pengetua)  
Alhamdulillah, sama-samalah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi di atas rahmat dan nikmatNya kepada kita. Semoga kita bertambah taqwa kepadaNya. Saya mengajak diri saya dan tuan/puan untuk terus menyumbang tenaga bakti dengan penuh jujur, bertanggungjawab, dedikasi dan komitmen di dalam mendokong dan merealisasikan hala tuju dan wawasan pendidikan di sekolah dan negera ini khasnya.
Dengan keizinanNya juga, saya masih diizinkan untuk bersama dengan tuan dan puan bagi memimpin dunia pendidikan SMK Paya Keladi. Alhamdulillah berkat kerjasama setakat ini beberapa kejayaan telah pun kita kecapi terutama dalam bidang Kokurikulum serta dalam kurikulum. Seperti tahun-tahun yang berlalu saya tetap mengharapkan sokongan tuan dan puan untuk menjayakan tugas yang besar ini. Sokongan, kerjasama, komitmen dan sumbangan yang berterusan akan memantapkan lagi teamwork, permuafakatan dan pembulatan visi dan misi SMKPK ...lagi

Tuan Pengetua
En. Abdul Rashid Mansor

Berita terkini    
Ketua Pelajar :Hakimi dan Fatin .  

Mohd Hakimi Karim dan Fatin Nuradila Ismail (kedua-duanya pelajar tingkatan 5 sains ) telah dilantik secara rasmi sebagai Ketua Pelajar dan Timbalan Ketua Pelajar bagi tahun 2010. Mendapat pencalonan tertinggi dari kalangan pelajar dan guru, kedua-duanya mempunyai profil yang baik dan tinggi. Mereka dilantik bersama-sama dengan pengawas lain (seramai 70 orang ) dalam satu majlis yang penuh gemilang di Dewan Besar SMKPK. Pengetua menasihati kesemua pelajar agar mencontohi kedua-dua ketua pelajar ini dari segi akhlak dan akademik, serta mengingatkan pelajar agar mematuhi segala arahan dari pengawas.

.lagi

Majlis Penghargaan Kepada PROTON

Sedih dan sayu, begitulah keadaan yang menyelubungi Dewan SMKPK pada awal Majlis Penghargaan PROTON. Sedih kerana PROTON akan menamatkan jalinan kejasama GLC PROTON - SMKPK yang telah berjalan selama 3 tahun sejak 2007. Dalam tempoh tersebut, banyaklah sumbangan yang telah diberi oleh PROTON kepada SMKPK, samada dalam bentuk penajaan, kewangan dan buah fikiran. Kami warga SMKPK sangat terhutang budi kepada PROTON, segala sumbangan adalah amat kami sanjungi dan ucapan terima kasih.

lagi
Blogger    
Kebelakangan ini, sudah ramai pengguna internet berpindah ke arah penulisan blog. Saya juga terpanggil untuk menulis di blog yang sedikit sebanyak dapat berkongsi pengalaman saya sebagai seorang pendidik. Ia boleh dicapai di http://cikgujalil.smkpayakeladi.com/ . Kepada warga SMKPK yang teringin juga untuk mencari tapak blog, belajar menulis blog sila hubungi saya.
Peti Undi
Sekiranya anda ada masalah 'peribadi' di sekolah, siapakah yang akan anda temui?
















Lihat keputusan
   
 
 
Tel: 04-5753894.     Fax:04-5741850.   
Email: smkpkpea2058@gmail.com
atau jalilz99@hotmail.com
Graphic and design by jalilz