| PRAKATA 2010 | ||
| Alhamdulillah, sama-samalah
kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi di atas rahmat dan nikmatNya
kepada kita. Semoga kita bertambah taqwa kepadaNya. Saya mengajak diri saya
dan tuan/puan untuk terus menyumbang tenaga bakti dengan penuh jujur, bertanggungjawab,
dedikasi dan komitmen di dalam mendokong dan merealisasikan hala tuju dan
wawasan pendidikan di sekolah dan negera ini khasnya. Dengan keizinanNya juga, saya masih diizinkan untuk bersama dengan tuan dan puan bagi memimpin dunia pendidikan SMK Paya Keladi. Alhamdulillah berkat kerjasama setakat ini beberapa kejayaan telah pun kita kecapi terutama dalam bidang Kokurikulum serta dalam kurikulum. Seperti tahun-tahun yang berlalu saya tetap mengharapkan sokongan tuan dan puan untuk menjayakan tugas yang besar ini. Sokongan, kerjasama, komitmen dan sumbangan yang berterusan akan memantapkan lagi teamwork, permuafakatan dan pembulatan visi dan misi SMKPK |
||
| Tahun 2009 telah berlalu dan kini berada dalam tahun 2010. Dalam masa yang singkat ini nanti, kita berada di alaf yang baru ini yang lebih mencabar. Tahun silih berganti, pendidik bertukar ganti namun tugas dan tanggungjawab akan berterusan. Peristiwa-peristiwa yang lalu akan dijadikan pedoman untuk persiapan hari ini bagi menghadapi hari esok. Justeru itu sebagai pendidik, peranan kita akan terus bergerak dan mesti bergerak maju sesuai dengan kehendak serta keperluan negara. Sebagai langkah pertama untuk penyediaan masa depan, antara persoalan-persoalan yang perlu dijawab oleh kita dengan jujur ialah: | ||
| * Sudahkah
terlaksana amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan? *Sudahkah tercapai matlamat kecemerlangan kurikulum keseluruhannya (PMR dan SPM) sepertimana yang divisikan? * Sejauhmanakah tahap disiplin dapat ditingkatkan? * Sudahkan tercapai matlamat kokurikulum yang dirancang? * Adakah tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran yang diagihkan terlaksana dengan baik dan lancar? |
||
| Keseluruhannya, adakah secara profesional kita telah berpuashati dengan apa yang telah kita sumbangkan? Atau kita masih perlu berkorban kerana perjuangan kita belum selesai. Dari pemahaman saya, perjuangan kita belum selesai dan belum mencapai tahap kecemerlangan yang sepatutnya tercapai berlandaskan kepada potensi yang dimiliki. Satu aspek yang nyata yang tidak membantu kita di dalam usaha mencapai kecemerlangan ialah ketidakmantapan Teamwork, Permuafakatan dan Pembulatan visi dan misi kita sebagai ahli-ahli di dalam satu organisasi iaitu SMK Paya Keladi. Bibit-bibit seperi: | ||
| * Gaya
pengajaran-pembelajaran berciri kebiasaan (ordinary) * Streotype dan berfikir serta bertindak pada aras biasa. * Mempraktikkan 'more of the same' yang akhirnya menghasilkan 'more of the same' juga. * Kurang vision yang imaginatif dan kreatif * Kedengkian dan irihati * Lencongan misi. |
||
| masih terdapat di dalam iklim organisasi sekolah. Justeru itu, sudah sampai masa dan ketika Semangat Permuafakatan dan Teamwork yang lebih PADU dan Berkesan diwujudkan. Kita mesti mewujudkan Pasukan Yang Efektif yang akan menghasilkan kualiti dan kuantiti yang cemerlang serta menimbulkan suasana Esprit de Corps ( Semangat kekitaan dan kepunyaan bersama) dan keseronokan di dalam menjalankan tugas serta tanggungjawab ahli-ahli. | ||
| Pembinaan Pasukan Yang
Efektif (PYE) hanya memerlukan: * Komitmen/ Iltizam * Pengetahuan * Kepercayaan / Penghayatan * Kemahiran * Pengalaman * Kesediaan Untuk Belajar |
||
| Secara terperinci sesebuah
Pasukan Yang Efektif memerlukan komponen-komponen berikut * Komitmen Terhadap Visi dan Misi Yang Jelas * Saling Membantu dan Memberi Galakan * Peranan Yang Jelas * Kerjasama Memenangkan Semua (Win-Win). * Kebolehan Individu. * Memperkukuhkan Komunikasi * Sikap Yakin Berjaya. |
||
| Bagi ahli-ahli PYE, kemahiran
dan kekuatan berikut perlu dipertingkatkan agar PYE akan hidup segar dan
berkesan di dalam menegakkan organisasi. Kekuatan-kekuatan ini akan membantu
pencapaian Effective Performance: * Penyiasatan (Investigation) * Pembaharuan (Innovation) * Penumpuan (Focusing) * Penyudahan (Finishing * Penyelarasan (Coordinating) |
||
|
Usaha kita bersama untuk membentuk PYE di SMK Paya Keladi, akan dirasai lebih mencabar dan lebih memerlukan jika kecemerlangan sekolah secara menyeluruh yang diimpikan, maka semua ahlinya - Pendidik, Kakitangan Sokongan dan Pelajar mesti digemblengkan menjadi Cemerlang. Panduan tugas, yang diberikan ini merupakan satu usaha ke arah perimeter dan skop tugas semua keluarga pendidik SMK PK. Walaupun tugasan diatur dengan rapi namun unsur-unsur fleksibiliti masih ada. Dalam menggunakan fleksibiliti ini matlamat tugasan dan kerjasama serta Kerja Berpasukan perlu menjadi pertimbangan. Akhirnya saya berharap agar para guru
memberi komitmen yang serius dan jujur kepada usaha bersama ini. Sedarlah
bahawa susah-senang sama-sama kita rasai. Ibarat pepatah - Bukit sama
didaki, lurah sama dituruni, hati gajah sama dilapah, hati kuman sama
di cecah. Bersama-samalah kita bergerak dan bersama-sama kita merasai
'....the joy and the agony ...' usaha kita bersama. Pelajar-pelajar dan
ibu bapa akan menilai dan menghargai usaha kita. Insya Allah. |
||
| Sederap Memacu Kecemerlangan Penentu Kegemilangan | ||
| Sekian, selamat bertugas |