Projek Proton  

 

Perusahaan Automobil Nasional (PROTON) adalah antara beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Malaysia yang telah mengambil SMKPK sebagai salah satu "Sekolah Angkat" mereka. Tujuannya adalah untuk membantu sekolah ini yang masih ketinggalan di dalam bidang pencapaian akademik. Selain bantuan dalam bentuk kewangan, mereka juga membantu pelajar dan guru dari segi khidmat nasihat dan motivasi dengan kerjasama Universiti Utara Malaysia.

Kami warga SMKPK sangat gembira dan terhutang budi kepada Proton dan UUM di atas kerjasama dan kesungguhan mereka mengendalikan pelbagai program. Antara program yang telah dijalankan adalah:

a. Pelancaran Projek Proton di SMKPK.
b. Program Motivasi pelajar-pelajar Tingkatan 3 dan 5.
c. Program Motivasi Guru-Guru di Summit Hotel B.Mertajam.
d. Lawatan pelajar-pelajar ke Kolej Proton UUM.
e. Lawatan waris-waris pelajar ke Kolej Proton UUM.
f. Program One To One, abang/kakak angkat dari UUM.
h. Lain-lain.

 
Mesyuarat penyelarasan peringkat awal
Kehadiran waris yang membanggakan
Sebahagian waris yang hadir
Tuan Pengetua memberi ucapan aluan
Pelajar yang turut hadir
CEO Proton merasmikan projek
Penyampaian bantuan kepada pelajar miskin
Ceramah motivasi oelh Prof. Mustapha Kassim