Pentadbiran  

 
En. Abdul Rashid Mansor( Pengetua )  
 
"Assalamuilaikum,
Matlamat sekolah untuk menjadi Sekolah Harapan Negara tahun 2012 memerlukan suasana pembelajaran yang kondusif untuk memudahkan proses P&P berjalan. Pencapaian matlamat ini memerlukan komitmen yang cukup padu dan kental dari seluruh warga SMKPK" - Abdul Rashid

Mula berkhidmat di SMKPK mulai April 2008, beliau merupakan seorang pemimpin dan pentadbir yang sangat disenangi oleh guru dan pelajar. Berpindah dari SMK Telok Air Tawar, P.Pinang, beliau meletakkan profesion perguruan sebagai satu tanggungjawab yang perlu dipikul dengan penuh ikhlas, komited dan dedikasi. Sekolah Harapan Negara menjelang 2012 merupakan visi dan misi sekolah yang ingin dicapai.

Sebagai seorang yang berminat dan berpengetahuan di dalam bidang ICT, banyak aspek-aspek pengurusan sekolah melibatkan ICT. Komputer digunakan sepenuhnya di dalam Sistem Kehadiran Staf, Peperiksaan, Jadual Waktu, Pusat Sumber dan lain-lain lagi. Beliau dibantu oleh 3 orang Penolong Kanan, iaitu

P.Kanan Pentadbiran: Tn. Syed Jaafar Syed Aziz
P.Kanan HEM : Pn. Siti Aminah Osman
P.Kanan Kokurikulum : En. Bukhari Ismail

En. Abdul Rashid Mansor
Pengetua
 
Tn.Syed Jaafar S.Aziz
Pn. Siti Aminah Osman
En. Bukhari Ismail